Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini
lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama
juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat
nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang
perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.
Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa
keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah
kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.
Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis
Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada
dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm
kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada
Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu
masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi
ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun
begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama
dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi
sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat
fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat
Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt
utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum
kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau
panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan
dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata
pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan
stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya
dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah

- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan
bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan
sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman
org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan.
Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada
pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan
kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh
tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami
bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas
muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang
kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih
ramai lagi anak cucu Adam a.s.